Di dalam sebuah
hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang yang kecil takut
akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan
bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa
harimau tersebut.
Pada suatu hari,
sang kancil sedang mencari makanan di satu kawasan yang redup. Ia seronok
memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah
belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya.
Harimau itu mengaum
dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang kancil tidak sempat untuk
melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi, aku akan
makan kau, kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan
aku, kau akan di makan oleh binatang yang lebih besar," kata sang kancil.
"Binatang yang
mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah. "Pagi tadi
aku berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar dari mu. Kata harimau
itu dialah harimau yang paling kuat di hutan ini." kata kancil. Harimau menjadi sangat marah dan
mengaum dengan sekuat hati.
"Tunjukkan aku
di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata harimau
dengan nada yang amat angkuh.
Kancil pun berlari
pantas meninggalkan tempat itu dan harimau terus mengekori. Sekali sekala
harimau mengaum kerana marah. Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan
tetapi merasa pelik kenapa harimau hanya mengekori kancil pada hal mudah untuk
harimau membaham kancil. Sampai di sebuah kolam, kancil pun berhenti.
"Di sini lah aku
berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata kancil.
Harimau pun menjadi lebih marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke
dalam kolam dengan beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air
yang jernih dan tenag itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya
menunjukkan taringnya yang panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun
membuka mulut seluas-luasnya.
"Kalau engkau
harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan tewaskannya," kata Kancil.
Harimau bertambah berang dan terus terjun mendapatkan harimau itu ambil
mengeluarkan kukunya yang tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang.
Barulah ia sedar yang ia telah di tipu oleh kancil. Harimau untuk naik ke
tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana tebing itu tinggi. Kancil pun sudah
melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau tewas dengan
bayang-bayang sendiri.
23 comments:
Bolehkah "ia" digunakan sebagai kata ganti nama diri untuk binatang?
Bolehkah "ia" digunakan sebagai kata ganti nama diri untuk binatang?
Boleh
Tq
Kenapa boleh
Wc
Why not
Boleh, sbb "ia" sesuai digunkan untuk sesuatu abjad/kata ganti sesuatu fungsi dalam cerita
Good
Noob
Jangan selalu tunjuk perasaan garang terhadap seseorang.
Ok
Penerbitnya mana
Nama pengarang nya mana
Ia hanya untuk manusia. Saya bacakan cerita ini pada anak saya tapi gantikan ia dengan dia.
Amirah
TQ
Tak boleh. Ia digunakan hanya untuk manusia.
Ia digantikan dengan nama haiwan...'Bila ia terjun' jadi 'Bila harimau terjun'...
Penerbitnya mana
kacak
Maner boleh
Boleh lah
Post a Comment